tiramisu best

tiramisu. sangat best! sungguh awesome! first time buat n sangat menjadi.
wah. positif gile beb.
heha...!!

memula nak try - takut tak menjadi. sebab buat triffle aritu dah rasa cuak lak nak terai benda lain. tapi - tiramisu ni kan kegemaran ramai - so i try je lah. mane la tawu sedap lak.

alhamdulillah lah - sedap sangat. hasil meng'google' resipi kat internet. tq kepada pen'sharing' yang baik hati.



my first tiramisu - takde bekas sesuai. dalam bekas kek pun balun je. hehe... nampak macam coklet tabur je kan?



 selepas dikeluarkan dari bekas. susunan biskut yang agak kucar kacir dan cream cheese yang x sekata. tapi memang sedap lah! terbayang-bayang lak rasa cam eskrem. isyyyy....



 potong comel2 letak dalam bekas tapawe - nak bawal bekal kononnya. tapi dek tak sabar sangat - dah kena ngap dulu.



 close up beb. walaupun compang camping - i loikee! hehee...



 extra - buat dalam bekas plastik kecik. jgn tak caya - acip leh abiskan separuh dari bekas ni. hijjaz memang takkan makan - dia geli. 


resipi aku dapat dari dua orang yang sangat best - chef hanieliza dan surirumah kiut supermak - ana suzana. bukan senang nak research resipi sedap ni. tapi sesape nak try - jgn malu2. try aje. senang sangat - non bake tu. leh jadik masterchef kat umah sendiri beb!












 

jom jalan-jalan kat pd

bila bawak bebudak ni g jenjalan - aku mesti stress!
mana tak stress - semua pakat dah jadik bujang besar - tak mo pimpin, nak lari2 kat jalanraya, nak tergolek-golek kat rumput, nak buat terjun tiruk. issyyyyyyy... geramm tul!

aritu g pd ngan family - saje nak tgk diorang pancing ikan n tangkap ketam. tapi kitorang g tak lama - sbb dah nak maghrib - kang melambak lak se**n ikut lak kang.


 budak tak nak dikongkong ni nama dia hasif - dah la comel, mengada-ngada lak tu. nak main air laut je keje nya. kang jaws kejar kang tak sempat lari ko cip. 



 pandangan dari tempat pancing - kat pulau kecik tu la malam nanti diorang nak tangkap ketam. 




 ramai gak famili yg lepak2 sambil tunggu habuan - ntahkan dapat ntah kan tidak. kalau aku - tak kose nak tunggu lelama - baik beli kat pasar je!





 budak baju biru yang terkedek-kedek macam ketam tu - hijjaz. bukan main semangat lagi badan dia. isyyyyy... aku rasa mcm nak gigit gigit je budak ni!



 korang tengok, bukan main seronok lagi lari2 atas pasir. pastu main pasir, sepak pasir, last2 - letak pasir atas kepala - ini sudah mendatangkan marahh!!



hijjaz - budak nakal. but sangat baik. rindu lak kat dia.

















.
padahal duk satu rumah je..... heheeeeeeeee.....












.

nasik goreng terlagi lagi

asek citer pasal makan je kan. hehe.. biasa la. tgh ada mood membedal - tu yang asek makan je tu...
aritukan dah masak nasik goreng koboi kan. tu untuk anak2. ni untuk mak n bapak dia pulak.




 seperti biasa - kalo mak n bapak punya nasik goreng - pedas is always the key. hehe.... so, tgk aje la pemakanan kitorang - mana la tak obes. iskhhhhhhh...



resipi for the nasik goreng :
- of cos lah kena ada nasik sejuk
- ikan bilis + bawang merah + bawang putih + cili padi = blend kering kasik halus
- sayo karot potong comel
- sedikit garam.
  • tumis semua bahan blend + karot + garam + nasik. 
  • kacau kacau kacau - sampai lenguh tangan. - hehe..
  • taddaaaaaaaaaaaaa!! dah siap!! - sonang nyooo....




presentation of the meal - nasik goreng + naget + timun jepun. tidak dilupa - teh 0 . 
perghhhh.... tambah berkali kali beb!




rupa sebenar nasik goreng kegemaran ramai - heh. jangan tak tau - aku bukanlah masterchef!
ahaks... sedap weh. tak caye? 







ce try kalo berani.



.




















sure tak berani kan.... ekekekekkee...
.

nasik goreng koboi

acip lapa. acip nak makan.
hijjaz x lapa, tapi hijjaz nak makan gak.
jam dah kol smilan.
cemana nih? nak masak nasik time ni?

ok ok. ibu masak. tapi korang jangan komplen. nanti ibu jadik naga baru padan muke korang. hahaa...



nasik goreng koboi untuk acip n hijjaz. sangat sonang proses pembuatannya. ceywah. ce try.
sape2 dah tau, duk dendiam. ini khas untuk ibu2 yang penat nak masak lepas balik keje.


bahan utama : nasik sejuk. 
bahan menyibuk : telor n garam halus.
cara2 - masak telur scramble + garam skit + leburkan nasik.
kacau, kacau, kacau... jgn sampai kuali terbalik - dah siap!







 dicelah-celah dan disudut sana - kelihatan sambal sardin tersimpul malu. awwwchhh!
sedap beb, try la time malas2 tu. hehe.....


acip makan non stop. 
hijjaz makan pun non stop. 
sedap sangat ke ibu masak ni? 
masakan biasa je tu.... 
cecece... nampak sangat nak puji diri sendri. ekekekkweawakekaekekk!!






.


tarikh cantik






13.12.11

tarikh sangat cantik untuk hari ni. ntah bila akan berulang. sempat tak gaknya kita semua...?









.

salad campuran

aku ada sorang kawan baik. masa skolah form 4 n 5 dolu-dolu. nama dia salad. bace betul2 - s.a.l.a.d.

hehe... tu bukan nama sebenar ea. tu nama timang-timangan jer... salad memang kawan yg sangat best n caring. tapi jodoh perkawanan kitorang tak lama - sebab lepas skolah dia sambung blaja kat sarawak - tempat lahir dia. n aku kat sini - nismilan never dies. hehe... now, dia dah jadik doktor. n aku harap kut2 dia terbca lak blog ni - i miss her very much - hope we'll see again ya.

eh, tu yg aku malas tuh. bila crite bab tajuk - slalu sangat ke laut. isy isy isyyy... tapi saje nak bagi intro menyimpang-nyimpang je. ekekeke...

okehs. salad memang best. seswai dgn org yg nak kuruskan badan - tapi kuat makan. - aku la tu. bukan menuju kat sesape ek. kut2 terasa - cecepat la ikhtiar. kang jadik cam aku kang, sape susah..?


so, cam besa - layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....




 bahan-bahan yang akan digaulkan sebentar lagi... mintak maap - dapo ku besepah-sepah - kes x muat nak letak sume satu tempat.




 antara bahan utama - jagung yang direbus dengan sedikit garam.



 anggur untuk penyedap rasa - pastikan yg seedless - sebab nak mengunyah tanpa gangguan. hehe...



 kacang hitam besar yang siap direbus - masukkan garam dan sedikit gula untuk jadikan kacang ni lebih enak ye puan puan....



 kacang merah besar - juga direbus bersama dengan garam dan sedikit gula. ops - ini bukan spesis cacing atau adik beradik pacat ye. gambo yg buat slack nih!




dannnnn... fresh salad from the pasar!! yeahhhhhh...!!  - petik kat tesco jer. ahaks... 

aku lupa lak nak snap gambo tomato cherry - tak sabar nak ngap gaknye...
hasil selepas di bahas dan membuat pergulungan debat antara semua bahan-bahan tadi - ini lah yang terjadi...







.
























.









































.






untuk membuat ianya lebih cun pada pandangan mata - tambahkan sedikit strawberry - saje nak buat cantik je tu. and then, makan lah dengan thousand island. 



isy isy isyyyyyyyyyyyyy.... sesape lalu pun aku tak tgk dah - ngap ngup krup krap - sedapnyaaaaaa...






.

mari makan rojak beramai-ramai...

yeahhh... aku memang seorang yang sangat excited setiap kali nak makan apa-apa pun. yang penting, aku suka makan apa yang aku nak makan.

eh, bukan ke semua orang centu..?

setiap kali aku terbayang nak makan sesuatu - aku mesti akan usahakan jugak. contohnya macam triffle n pavlova - aku bukan penah makan pun, tapi dek kerana teruja nak menerai - aku try masak gak. dan hasilnyaaa - laki aku n anak2 aku jugak yg jadik mangsa. ekekekeke... ya ampunnn....

so, kali ni aku kepingin nak makan rojak - pecal @ kuah rojak dah lama ada. nak kena buat n operate bahan2 dia je lah.. punya la banyak bahan - sampai aku tergeleng-geleng tgk bahan yang aku beli - macam 10 orang makan! isy isy isyyyyyyyy....



 bahan-bahan yang ada : mee kuning, tauhu goreng, sengkuang, timun jepun, lada besar hijau, taugeh (x de lak dlm gambo) n ayam goreng. - tgk betul2 - macam sorang makan ke ni....?? ke aku yg kuat makan...? ekekekeke....



pandangan dari sudut lain. - saje nak penuh kan entri. hikss...!



 yeahh... bahan2 yang bersedia untuk bertarung berlumba masuk ke dalam perut - hehaaaa.. masa ni, ayam goreng n tauhu kena potong-potong kecik - kalo tak mulut nanti besar naga beb! ekeke...



 oh ye, jangan lupa telur rebus - penyedap rojak tu...



 masa untuk gravy dia - kuah rojak yang pedas lagi sedap dah tercurah masuk dalam lambakan bahan2 melampau - huhhh, sungguh menyelerakan! (sape lagi nak puji kalo bukan tuan dia sendiri - ahakss..!)



 close up - cam biasa... aduhaiii... lapa lak tgk rojak ni.



 dari sudut lain - tapi pinggan yang sama. tapikan, sesapa nak resipi kuah rojak - den tak dapek nak tolong - sebab aku pun dapat kuah free.. ekekeke.... 

okeh... selamat menjamu mata... ;)
tata.



 

hepi bestday!

dah tua dah aku - kena banyak buat amal ibadat untuk bekalan hari akan datang...
insaflah, insaflahhhh......!
tq to all frenz yg wish birthday hari ni. no hadiah coz dah tak sesuai untuk usia gini dapat hadiah. ngeeeeee....
 
 
 
tata...
.
 
 
 
.
.

pavlova

pavlova yea, bukan pamolive. ekeke... 

entah kenapa la agaknya aku kebelakangan ni, asek nak menerai benda yang tak pernah terpikir pun nak masak satu ketika dulu. aku ni banyak sangat tgk blog orang, teruja ngan gambo2 masakan yang menarik - tu yang nak menerai benda2 yang sbenanya aku x leh nak makan sangat.

ish ish ishhhh....

so, dikesempatan semalam - pre birthday - aku masak lah pavlova. banyak blog dan rujukan yang boleh di ikut. dan inilah hasilnya...



 pavlova yang x nampak rupa sebab ditenggelami oleh whipped cream + strawberry n kiwi. memula rupe dalam oven - cantik sangat. naik elok je, lepas dah sejuk - melepekkkkkk terus. nyampah!



gambo pavlova lagi



lagi lagi gambo pavlova. ish ish ishhhhhh....




 ni pavlova yang siap dipotong. rasa memang best - rangup diluar, lembuttt sangat di dalam. macam makan kek sponge pun ada. kombinasi antara buah, krim dan kek dia memang mabelesssssss!! tapi, tak leh makan selalu - sangat cepat muak. 

credit to joyofbaking - kerana memberi tunjuk ajar dan resipi. blog2 lain pun banyak membantu untuk buat rujukan. tq alls....!









resipi yang sihat - tapi menakutkan. hehe...
saje je tu...






.

tips nak ilangkan rasa boring dan stress melampau.

aku bukan pakar kaunseling. malahan jauh sekali nak jadik pakar motivasi. tapi aku rasa aku boleh jadi seorang yang hampir kepada 2 pekerjaan tu.

ceh ceh cehhhhh..... dah stat merapu. aku bukan apa. just nak hilangkan rasa boring dan dalam masa yang sama - agak stress dan tertekan kerana musim odit (audit) telah menjelang tiba. aku bukan orang yang perfect untuk menyiapkan segala bagai dokumen tu, tapi aku adalah orang yang boleh menyiapkan dokumen tu. wah, ayat cam bagus jer.

tips aku mudah aje : - bukak internet masa keje laa... hewaahwheaheuhuhuahwahaha..!!

saje nak share benda yang tak penting untuk hari ni. aku tengah kusut dan terpaksa untuk buat keje. so, aku bukak blog - taip entri merapu - lupakan odit yg tengah berlangsung untuk sekejapan cuma.





 puff sedap inti sos daging spaghetti - first time buat - dan sangat menjadi. senang sangat! aku selalu refer blog ni untuk masak puff mudah - thanks CMG!




 sup karot + suhun + telur untuk acip. yang banyak makan - akuuuuuuuuuuuu jugak......




sambal ikan keli @ sembilang - lauk yang di alter untuk menjadi sambal kerana lauk faveret hijjaz forever n ever. 
 
 
 
 triffle - nampak cam sedap je kan? tp aku rasa memang aku tak leh la nak makan benda alah ni, maklum je la - org kampung. ye tak? ekekeke..... buat pun sebab teruja dek resipi adik manis ni - cikepal. tq ye.....



 lagi gambo triffle. ni last lah aku buat, pasni x nak lagi. nak makan sambal tempoyak pulak. ishhh... mano nak carik...????
 
 
 
 
 
 
.
.

sudah sampai masa...

untuk berehattttttttttttttttttttttttttttt...!! yehhaaaa..

aku tgh kepenatan menyiapkan dokumen yang bukan dari jiwa.

eh, boleh lak gitu. 

hal ni berlaku bukan kerana sengaja, tetapi dicipta untuk dijadikan hal.

eh, camno lak tu?

aku pun tak tau kenapa kena siapkan beribu-ribu helaian kertas yang siap ditaip untuk disatukan menjadi sebuah dokumen penipu untuk meraih keuntungan yang tersirat demi mempertahankan maruah - walhal maruah tu sebenarnya dah lama tercalar dek kealpaan mereka-mereka yang lalai dalam melihat manusia-manusia yang berada di atas dan di bawah mereka.

(sangat x paham dengan perenggan di atas ni)

walau apa pun yang aku lakukan, demi niat - aku bekerja hanya kerana Allah. aku mohon atas segala yang aku buat sebelum, semasa dan selepas ini diampunkan oleh-Nya. dan aku juga mohon Allah ampunkan juga dosa-dosa muslimin dan muslimat yang lain.... aminnn....


akhir kalam, aku sbenanya tak suke wat keje niii...! tapi nak wat cemane.............................. :(










.






.

pizza mudah a.k.a. malas

heheeee... pizza? huiyooooo... cam terer je masak. kejap2 kek coklet, kejap2 ciskek. wah wah wahhhh... rasa cam nak terbalik je pinggan bila crite2 pasal makan ni. ekekke...

anyway, aritu dah terlampau rajin bwat roti sosej, terlebih la pulak sosej nya. so, konon2 nak buat frozen - tapi terlampau frozen, sampai lupa nak masak. keras kejung benda alah tu dalam petiais. hehe...

so, ini lah yang terjadi bila roti sosej yang dialter menjadi piza.



 cantik, tertarik, ko memang da bommmmmbbbbbb!! hehe... nampak cam best kan?nyam nyammmmm.... lapa lak bila tgk time hujan-sejuk-hujan-sejuk gini.... ish ish ishhh...




 close up jangan tak close upppp!! ekekeke... 


pembuatan nya sangat mudah. hanya perlukan roti gardenia, sosej dan sedikit cheese untuk toppingnya. opss, marjerin secukup rasa. lupe lak.

cara? okeh gini : 
1. sosej rebus 10 minit, dah siap gulung dengan roti keping tu. 
2. then, alter lah roti tu jadik macam lam gambar kat atas (aku susah nak explain guna perkataan ni, nnt kang jadik kucar kacir lak entri ni. ekekekeke...!!)
3. pastu gris loyang dengan sedikit marjerin @ butter - letak roti 
4. dan bubuh la topping tu banyak mane pun ndak.
5. bakar dalam oven 170 celcius for 20 minit. 
6. kemudiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.... kita ngaaaaaaaaaaappp sama dia. hhwehwawhwheee...




aku tengah menikmati roti ni dengan sos lazat buatan sendirik. eh, tak kan lahhhhh... mesti lah buatan kedai... mau tombang sedara mara aku kalau diorang tawu aku dah pandai wat sos cam kedai. kekekkwkwawkkakekek...!!




 perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh... licinnnn.....






.
.



.

kasut aku, aku punya. tapi kasut ngkau, kasut aku punya jugak.

alahai tajukkk... aduh la.... ni kes 2 beradik yang sangat dengki mendengki la asalnya ni... almaklum aje la, lom cukup matang - hasad dengki dan tamak haloba menguasai diri.

cite dia macam ni... aritu g la bli kasut hijjaz n hasif - sebab dah lame sangat x bli baru, manjang sebat orang lain punya je... - asal balik kampung je, ambik slipar org lain. dah la susah nak tanggal - siap nangis berirama lak tuh. geram btul tgk perangai budak 2 orang tu. so, bli lah slipar @ kasut utk diorang.

yang tak bestnya, dek disebabkan hijjaz terlampau ke'abang'an sangat - kasut adik pun dia nak rembat gak. hisyyyyyyyyyyy.... hangin tul dibuatnya. nak cakap elok2 pun bukan dia paham. so, kena la pujuk adik biar beralah. adik kan baik... ekekekeke...




 yeahhh.. kasut benten bermata boolats bewarna hijau tua untuk acip yang cool but notty. - ini lah kasut yang hijjaz tak senang duduk bila adik dia tak pakai. asek nak bawak lari je kejenya.




ni lak kasut hijjaz - sangat menarik pandangan mata. striking but just nice - sesuai dengan jiwa dia yang sangat tak suka warna jambu2 nih (kaler merah ke, pink ke - sure reject!). walaupun kasut hijjaz lagi ensem dari kasut adik dia, tapi kasut adik dia jugak yang dia ndak. tensen den.




 sangat cute bila digandingkan macam ni. tapi gamba kasut leh la susun susun gini, nak susun-susun bebudak ni - aku rasa sampai sudah pun x dapek. 




 terasa cam nak pakai lak kasut cam ni. agaknya kalau aku pakai kan, ada tak yang nak kawan lagi ngan aku? 




hehehhehe.... 
.


 

CLC - chocolate lava cake

atau dalam bahasa mudah - kek coklet cair ye adik-adik.. heuhuahwauhwauuehehe....

tetiba terasa cam nak makan kek, tapi nak yg bila makan tu ada thrill sket.
hah, cemane tu?
okeh, senang cite - nak makan panas2 tapi dalam keadaan tak sabar-sabar.
uik, lagi x paham.


ok la ok la. biasa kalau bca blog orang - mesti ayat diorang best. tersusun je. tapi, kalau ada yang bca blog aku? - ayat tunggang langgang, terlari lari. so, tengok je la gamba. malas nak taip pepanjang.





 okehs... sbenanya nak fokus kat coklet yang cair kat tengah2 tu, tapi aku kan pakai kamera dslr, eh, tak. aku guna hendpon je - prasan jap. kekekekekewaekkekekekkk...




 lagi gambo yang tak sharp! buat menyakitkan hati je bila tgk. iskkk....



 tengah makan sambil feeling kat domino's - hehehe... clc domino's mahal. x mampu nak makan slalu. baik buat. rega dia lebih kurang 1 clc domino's == 6 biji clc buat sendiri!



nak resipi tak? hehaaa..... sila terjah ke website ini. ---------> thanks aludra!



ini ciskek lagi - lagi lagi ciskek. ekekeke... tapi resipi lain sket. oreo cheesecake - tapi letak topping blueberry. walaupun jauh ke laut topping ngan isi dalam dia - tapi sedap memang x hengat! cececece... sape lagi nak puji kalau bukan aku sendri! kekkwakkekeakkwakkkkk! (buruk nau gelak!)



 hasil potongan yang ganas, gelojoh dan nampak sangat bukan orang penyabar. dah macam potong kek dengan pisau berdarah je.... eeee... seram mak nakkk...!!

anyway, memang sedap dan mavelesss! terasa makan asyorem pun iya jugak.
resipi? credit to this 2 sweet people - adik manis fatin suhana dan akak manis ummi
timo kasih yooo....










.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...