Kek Red Velvet

first time cuba - memang best! tq banyak2 utk kak syarina yang bagi resipi through website ape ntah. lupe dah... hehe...tapi memang best. sedap sangat.

mahu resipi?tgk gambo dulu ye...




ni kek merah baldu yang baru keluar dari oven - harap maaf - bawahnya terlebih gelap. kaler coklet sebab guna api bawah sahaja. - kes kek tak fully masak. tapi sangat sedap!


 
close up kek yang sebenarnya warna merah - tapi terover masak di bahagian bawah lak. hehe...


 
step memasukkan cream cheese frosting - selepas kek dibelah dua. agak susah nak letak sebab frosting tu agak tak licin - so, susah sikit nak deco. 


 
selepas disapu atas kek - nampak cam caca marba sikit kan? 


 
pastu letak lapisan kek kedua atas dia. sori beb, aku  tak de tempat nak hias kek. dalam bekas plastik pun jadii... ekekeke.... kita yang buat dia - belasah je lah!


 
dek kerana susah sangat nak deco dalam bekas tu, aku transfer kat loyang kek - senang nak pusing2. ejeje.... gambo kat atas ni kek yang siap deco. susah rupanya nak letak frosting ni. tensen aku!


 
okehsss.... siap!! atas kek tu serpihan kek yang ditabur2 atas frosting. nampak cam kat kedai sket. ekeke... 


 
kek red velvet yang dipotong - aduhhh... memang sedap bangat wehh.. terliur mak nakk!




 
nak offer dah abis lak. sori. hehe.. kalau nak kena buat sendri. ejejeje....



resipi (aku copy paste jer...)


KEK RED VELVET 

BAHAN2NYA 

Bahan A
( Bahan2 kering - Ayak bersama dalam satu mangkuk )

2 1/2 cawan tepung kek atau superfine (resipi asal guna tepung all purpose)
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil Soda Bicarbonate
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk koko

Bahan B
( Bahan2 basah -Satukan dlm mangkuk yg lain, pastu sebatikan guna whisk )

1 1/2 cawan minyak sayur
1 cawan buttermilk (suhu bilik - Satu cawan susu campur 1 sudu besar cuka makan, biarkan 10 minit)
2 biji telur gred A ( suhu bilik jugak)
1 sudu makan pewarna merah ( resipi asal letak 2 sudu mkn, nnti kaler jd ala2 kaler topi Santa Claus pulak)
1 sudu kecil cuka ( Cuka makan pun boleh )
1 sudu kecil esen vanilla

Tuang mangkuk berisi Bahan A kedalam mangkuk berisi Bahan B ( bahan kering tuang dlm bahan basah). Pastu gunakan mixer dengan kelajuan sederhana, mixed kan bahan2 tersebut . ( Mixed utk sebatikan  2 jenis bahan2 itu sehingga menjadi satu adunan saja yer).

Tuangkan adunan tu dlm 2 biji atau sebiji loyang 9 inci tadi dan bakar suhu 175 darjah celcius selama 30-35 minit .


CREAM CHEESE FROSTING

250 gms Cream Cheese
1 cawan gula aising
1 1/2  cawan butter

Satukan semua bahan2  di atas
mixed gunakan mixer
kelajuan sederhana sampai kembang sekali ganda .









selamat mencuba yer...












sedappp...













 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...