hidup hari ini

salam semuaa..

sangat sibuk sejak seminggu lepas - macam2 aktiviti berlaku. sangat tak sempat nak buka blog sendiri dan taip entri2 duka lara cam biasa.. hehehee..

anyway, jgn kemana2 - rancangan menarik menyusul selepas ini. (eh, macam dlm tv pulak.. hewhewww..)



dengar ini cerita..

hari ni sangat x best perasaan g keje.. malam tadi hijjaz muntah 2 kali - sangat kesian tengok dia. tapi nak buat macamana kan.. yang best nya, hijjaz sangat dah matang - selalunya dia muntah atas tilam, tapi kali ni dia tahan n kejut kan aku - untuk bgtau yang dia nak muntah.

so, cepat2 aku bangun (tup2 terus pening kepala sebab bangun mengejut.. hehe..) n soh hijjaz masuk bilik air. dan yes, hijjaz dengan berhemahnya muntah betul2 depan pintu bilik air tu.. (ish ish ishhh... bukan  nak masuk bebetul dalam toilet tu.. sabarr  je la..)

dan pagi tadi - aku dah siap2 nak g keje - hijjaz bangun dengan muka paling sedih n mata separa merah.. pegang kepala n badan dia - huiyooo.. panazzzzz gile beb.. aduhaii.. aku pening dah ni, nak g keje ke nak cuti.. kalau g keje, hati risau. kalau cuti - aku baru naik keje baru (mana de cuti lagi..)..

hmm.. takpe lah, bagi dia mandi - sejukkan badan n kepala dia n bagi ubat.. (semua ayahnya settlekan..) - tq en suami...

ntah apa la kabarnya anak bujang sulung aku tu.. mintak2 dia ok lah hari ni...

"Ya Allah... hanya Engkau yang mampu menyembuhkan sakitnya itu.. dan hanya kepada Engkau lah aku berserah.." aminn..


Peringatan...



Dikala-kala petang yang sendu ni, tetiba aku terbaca sesuatu yang sangat berkait rapat dengan situasi aku sekarang. Teruskan bacaan anda...



“Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan.

Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal.

Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak.

Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi.

Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman.”

Esok lebih baik

Manusia yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip kebenaran yang merentasi masa dan tempat.

Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu.

"Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.”

"Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan).”

Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik. 



Ini bukan artikel penuh yang aku ambil, aku edit mana yang berkenaan sahaja. Terima kasih  PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN (bekas mufti Perlis).  Akan aku ambil sebagai penguat semangat untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya..





hayat demam, tapi acip..?

salam sejahtera pada semuaa...

ewahh.. perasan sudah agak stabil - best.. keje dah makin banyak, sangat seronok sebab x menyabar hari2 nak balik rumah.. ekeke.. (padahal hari2 ulang alik dari rumah ke tempat keje..)

kalau keje sudah banyak, sudah tentu masa pun terasa cepat sangat berlalu kan..? yes, itu yg aku harap2kan - kalau cepat masa berlalu, maka cepat dan makin tebal lah peluang aku untuk berpindah tempat kerja..  chaiyookkk..!!

hari2 menghitung hari beb. mana tak stress..  hew heww..


eh, macam tersalah lak tajuk entri ni. ok takpe, meh kita tgk - budak comel yg demam...



hayat :  "hayat demam.. masa ni ibu tgh otw bawa hayat ke klinik.. dalam ibu drive tu, sempat lagi dia snap gambar hayat.. ish ish ishh.."

masa tu dapat emergency call dari nurseri/taska - kata hayat demam panas. terus aku amik pelepasan 1/2 hari - anak beb.. 



 hayat : "tapi hayat tetap cool, tak nangis pun, suke sangat g jenjalan.."



 hayat : "hmm.. bila lah leh sampai klinik ni.. pening kepala duk dalam kete ni - tgk pemandangan pun tak lepas nihh.."



hayat : "dah le tak leh makan, susu pun ibu x bagi.. hmm.. isap jari je lah..."




masa ni, aku n hayat je g klinik - acip duk dendiam kat taska. kang payah nak uruskan budak bertuah tu.. acip skrg bukan main payah nak soh posing bergambar - macam2 aksi nakal yang dia buat.. tak caye..? meh tgk ni..

.
 .
 .
 .
 .
.
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
.
 .
 .
 .
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



















 kita suruh dia senyum, dia g buat muka menyengit gini.. ishh.. saje jee.....



suruh buat muka macho pun tak dilayan nya... lagi buat org gerammm tgk dia.. acip, acip..












hati oh hati..

gelisah pru 13 dah lama selesai.. tapi keresahan hati aku masih belum reda lagi... aduii la..

wahai hati, bertahan lah...



Hayat n Hasif part 2

terasa cepat masa berlalu bila tengok anak2 dah membesar depan mata.. abadi kan kenangan gambo anak2 dlm blog ni lah.. dulu hijjaz sokmo. skrg turn adik2 dia pulak..


 si bulat acip - yang sangat aktif, sampai nak marah pun kita kena marah balik.. huhuu..


 cerianya hasif...



 aksi2 biasa acip - suka sangat ngusik orang ngan muke bulatnye...



 hayat - the serius baby...



 acip - nuha - hayat...


 hayat lapa makan jari sendiri... kesian...



tengah nak menyampaikan ucapan untuk pakcik izwan.. kekekee...




tq wan amik gambo bebudak ni - dapat gak buat kenang kenangan...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...