Resipi donut/roti mudah

erk... mudah ke? hehee... suka2 ati je kata mudah ek... anyway, aritu buat roti @ donut guna resipi sendiri. kira menjadik lah jugak...



 ni roti sosej... faveret hijjaz - tapi dia makan sosej je, roti dia buang. huh... membazir, membazir... ibu n ayah jugak yg jadik tong sampah....



 ni doh yang dibentuk sebelum buat donut goreng... dulang ni size besar tau, so bayangkan lah betapa besarnya donut tu...



ni le hasilnya selepas dibentuk dan digoreng - gebus giloss....




mau resipi..? 

ok mari kita cuba...



Bahan2nya - untuk 10 ketul donut/roti yang gebu (sukatan tu aku agak2 je tau) :

1. Tepung gandum (2 cwn)
2. Yis segera (1 sb)
3. Gula (3 sb)
4. Susu Tepung (3 sb)
5. Secubit garam
6. Air suam (1 cwn)
7. Marjerin (1 sb)

Cara2nya :

1. Masukkan tepung + yis + gula + susu tepung + garam = gaul rata
2. Buat adunan doh dengan mencampurkan air suam sikit demi sikit = sampai dapat rupa doh.
3. Kalau melekat doh ditangan, jangan risauu... tambahkan marjerin pada doh dan uli sehingga tak melekat lagi.
4. Biarkan doh kembang dua kali ganda selama 1-2 jam...
5. Lepas dah kembang, bahagi2 kan kepada doh yang kecik2 macam gambar di atas tue
6. Rehatkan lagi doh sehingga kembang semula
7. kemudian goreng keemasan.


cuba dulu ek, kalau x menjadi - bace bismillah bebanyak, mesti jadi punyooo... heheheee...





 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...