pada suatu pagi (waktu bekerja) yang sangat tenang, di dalam kereta yang diiringi dengan lagu2 menyegarkan mood di pagi hari.. (perghhh..!! manipulasi ayat untuk membayangkan suasana)
budak kecik 1 : "ibu, nak tuey (kuih) bu..."
me : "alaa... ibu x sempat nak bli aa jaz... nanti ea.."
budak kecik 1 : "nak lipap bu, nak lipap.." (lipap means karipap ea)
me : "tu kena tunggu balik kampung. kita mintak uwan buat ea.." (memang pemalas tul ibu dia nihh)
budak kecik 1 : "nak tuey bu! nak tuey!!"
me : "iskkk... mane de kedai kat sini jaz... nanti petang ibu bli ea... ibu bli baaaaaaaaaaaaaanyakk syangattttt...!"
budak kecik 2 : "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tatatatatatataaaaaaaaa!!" (dah start bising budak acip nihhh)
budak kecik 1 : "aaa... banyak syangatttt!!"
so, skrip tu tak berakhir di situ sahaja, kerana setiap pagi budak kecik 1 tu akan ulang balik skrip yang sama. dan sebagai ibu yang separa kejam, aku buat janji maniss je.. ekekke... -jahat btol! anyway, aku rasa kesian pulak. semalam aku pun try lah buat lipap a.k.a. karipap untuk dia...
yeahhh.. karipap the making. huwahwuahwauwhwhua... masa buat ni sorang2 je, tgh free sangat. budak2 tgh tido dengan syok nye, maka ibu yng kejam ni pun cuba2 lah buat tuey lipap si hijjaz tu...
huiyoooo.. macam tak cayo lak aku leh buat karipap sendiri. slalu tunggu mak @ adik beradik aku yg buatkan, skrg tidak lagi.. ekeke.. harus ada perasaan riak terbatas disitu.. ngee...
haa... ini namanya kelim tepi karipap asal boleh je.. ahaks.. (sbena nya aku x reti nak kelim, aku main kelepek2 je - asal ada bentuk sudahh... )
kredit to en hasril kerana berjaya menghasilkan karipap yang agak cantik nih... dia kata nama karipap ni - karipap indon. fuhhh... agak tercabar kredibiliti seni karipap aku juga nihh...
dan selepas dah siap tuey ni, hijjaz yang terpisat2 bangun tu - terus makan. memang dia nak sangat makan kueh. ibu dia je tak paham2... ekekke...