Hari ni aku terpanggil untuk berfikir - pentingnya sabar dalam kehidupan. Memang banyak cerita hari ni, sehinggakan aku pun tak tahu susunan yang mana dulu dan yang mana kemudian. Namun rata2nya banyak kisah sepanjang tempoh bekerja pada hari ni.. (kebetulannya aku baru je menaip panjang2 untuk entri ni, tapi tah apa yang aku tekan - terus padam semua!). Tapi tak pe... aku dengan gigih dan sabar - taip balik lah.. ngee
Arini memang asalnya aku hepi sangat dalam jawab panggilan dari parents tentang details pasal tempat kerja aku ni. Tapi lepas dapat satu panggilan, datang lagi satu. Kemudian datang lagi dua, tiga, empat dan seterusnya - arghhh.. tensennyaa. Nak aja aku bagitau "encik ni tak paham2 ke? saya cakap begitu, memang begitu lah! kenapa degil sangat tak terima cakap orang nih?!"
Astaghfirullah.. aku bersyukur sangat - aku masih ada akal. Dan dek disebabkan itu lah aku terpanggil untuk merenung kembali. Apalah sangat kebengisan dan ketidaksabaran aku berbanding dengan pahala yang Allah beri jika kita melawan perasaan yang sedikit huru-hara tu. Lagipun bukan orang yang sama menalifon aku, lain2 orang cuma pertanyaan nya 100% serupa.
Hmmm.. bila kita dah bekerja dalam sektor ni - swasta pulak tu - memang patutlah kena bekerja sepenuh hati, memaksa jiwa untuk merelakan semua kerja perlu diselesaikan dalam waktu terdesak dan mendesak. Nak kata "esok aje la.." - sori! never! Inilah kehidupan, semakin kita rela - sejauh itu lah prestasi kita dinilai.
Satu pengajaran yang paling bernilai untuk hari ni - sabar bukan tawar, manis bukan bengis dan hormat bukan tamat!
5 comments:
wah...tabik spring la aku kat ko...
ko bukan ke memang seorang yang penyabar? Hai yang ku kenali.. cool je..
satu lagi, swasta ke government ke.. semua kena sabar.. aku tak sabar bila kena bayar je (jadik customer)
ain : lepas aku jadik mak ni, makin nipis sabar aku. tu yang tak tahan bila stress kat tmpt keje tu.. ngeeee...
zura : dulu maybe sabar ciikiitt kot, tp skrg tak leh thn la zura. suara aku asek nak naikk je. ehehee...
"sabar bukan tawar, manis bukan bengis dan hormat bukan tamat! ", eee, i like the word..
p/s: diri ini kurang sgt kesabaran...cmner nak bagi sabar mcm Hai..ermmm
Post a Comment