sabar hai, sabar...
macam mana nak sabar? nyawa laki aku tau tak! kalau apa2 jadi, apa nak jawab? hahhh!! gerammmm..!! aku ni marah niiii!!
iskk... semua perasaan datang menyerbu jiwa dan akal aku bila si suami call, "hai, saya accident ni". aku yang panik - darah terus naik ke kepala - jantung aku bedegub kencang gile - "abg! abg accident kat mana? abg ok ke? macam mana jadi tuu??" - dah tak tentu arah masa ni. Allah je yang tau. So, si suami pun cerita lah - aku masa tu nak menangis, rasa takut, rasa macam2, rasa nak pengsan pun ada. tapi kena kuatkan hati - aku mesti tgk laki aku skrg. anak2 aku tinggalkan kat umi - amek lambat aritu.
dan ini lah yang terjadi... kereta kelisa yg suami aku bawak aritu kena langgar belakang - yang tragis nya, keter tu dari lane sebelah kiri (ada dlm 3 lane kots) terbabas ke lane sebelah kanan (langgar divider jalan) - dek kerana lajunya kereta belakang yang menghentam teruk kereta suami aku - kes main handphone agaknya. Allah maha besar - kereta suami aku tak kena langgar di sebelah lane tu walaupun kereta dan lori bedesup desap menuju ke arah dia. Kami bersyukur sangat - nyawa suami aku selamat. Tapi aku marahh sangat dengan perempuan weng tu yang bawak kereta macam org gila! - dah tau pukul 5.30 petang memang org balik keje - kete banyak - bawak la slow. Ini macam mengejar benda ntah apa2 yang akhirnya menyusahkan org lain - dan membabitkan nyawa pulak tu. ISKKK... MARAH nya akuu...
aku tak tau nak ckp apa bila jumpa suami aku masa aku nampak dia - tapi bila nampak dia ok, senyum - aku bersyukur sangat. terima kasih ya Allah - Kau selamat kan suami ku di kala maut depan mata. Ini lah yang org kata - berpantang maut sebelum ajal. terima kasih juga pada hizan dan zurina yang bawa suami aku balik ke rumah.
keadaan bumper belakang yang remuk teruk kerana dilanggar oleh perempuan weng yang sengal. tayar kiri tak boleh gerak sebab dah tersepit dek bumper kemek tu.
nampak macam kemek biasa - tp cuba bayangkan, selepas kena langgar belakang, kereta kelisa ni boleh terbabas ke lane sebelah - tak ke laju kereta pompuan tu? iskkk.. gerammnya.
bumper teruk, lampu pecah, tayar sangkut, absober patah, driveshaft koyak (betul ke eja ni? hantam kromo je.. huhu) - hmmm... ko ganti la pompuan. duit ko kan banyakk.. (kes geram melampau)
No comments:
Post a Comment