anyway, sbenanya statement tajuk di atas adalah merujuk kepada perkataan yang keluar dari mulut hijjaz dimana perkataan yang sebenar-benarnya adalah A.I.S.K.R.I.M. aku pun tak tau macammana dia boleh pelat sampai gitu sedangkan dia boleh pronounce (ceywah!) - asyim ke, ayim ke, rim je ke... tapi sudahnya..??? hmm.. budak2 yang ibu dia terlebih makan karbohidrat gitu la.. ekekkee.. anyway, bukan stakat aiskrim je yang jadi asyorem, tapi byk lagi perkataan makanan yang dia start kan dengan huruf 'A'. contoh ek...
air nescafe - atope
air kopi - atopi
air vitagen - atogen
hmmm.... aku rasa anak aku nak jadik raksasa lah... sebab dia macam cipta nama tu utk ultramen je gaya nya...
haa... dah mnyimpang jauh dari tajuk nampaknya aku nih. sbenanya nak crita pasal aiskrim yang agak sedap utk dimakan bila time tekak perit dan sakit bila nak menelan ayaq liuq @ menelan makanan. aku mula2 memang tak percaya aiskrim adalah salah satu penawar sakit tongsil, tapi selepas makan beberapa kali masa time sakit, alhamdulillah... legaaa.... so, kali ni aku just nak share - maybe raaaaamai yang dah tahu kesedapan aiskrim vanila yang boleh dimakan begitu sahaja @ dimakan dengan puding roti @ dimakan dengan kekacang yang enak2.
inilah dia - aiskrim @ asyorem vanila dengan kismis/sultana n chocolate chips @ rice.... nyum nyummm..... memang mengasyikkan sungguh rasanya. lebih2 lagi time sakit tekak n cuaca panas x menentu nih...
close up sket - cuma terlebih letak kismis - tenggelam dah chocolate rice nya dalam timbunan asyorem tu.. anyway, kalu letak kekacang n buah2 eksotik - perghh... mau tak menoleh kiri kanan beb! ngee...
No comments:
Post a Comment