Peringatan...



Dikala-kala petang yang sendu ni, tetiba aku terbaca sesuatu yang sangat berkait rapat dengan situasi aku sekarang. Teruskan bacaan anda...



“Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan.

Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal.

Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak.

Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi.

Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman.”

Esok lebih baik

Manusia yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip kebenaran yang merentasi masa dan tempat.

Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu.

"Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.”

"Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan).”

Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik. 



Ini bukan artikel penuh yang aku ambil, aku edit mana yang berkenaan sahaja. Terima kasih  PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN (bekas mufti Perlis).  Akan aku ambil sebagai penguat semangat untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya..





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...