tanpa kita sedar - kita sering merungut.. tak tahu lah kenapa..
masalah keluarga, masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah diri sendiri..
apa yang penting, redho aje lah..
sesungguhnya kesabaran tu akan dibalas dengan kemanisan yang berganda-ganda..
sesungguhnya itu adalah benar
kerana itu telah dijanjikan oleh Allah..
Seperti mana dalam potongan ayat dari Surah At Thalaq (ayat 2 dan 3) :
"dan sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah
diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Seribu Dinar..
Ayat ini mohon diamalkan selalu ya kawan2.. lebih2 lagi dalam doa selepas solat... semoga kita diberi petunjuk dan hidayah-Nya.. amin..
2 comments:
Amin...Iye seribu dinar, Jan dapat hidayah dari Hai lah. Masa bujang2 dulu, tak hingat dah bila. tapi sebab Hai ada nasihat something, yang membuatkan Jan berazam untuk hafal seribu dinar ni dan berjaya diamalkan sentiasa lepas solat.. yeah
thank you Hai.
kena amalkan selalu - mesti rezeki dtg x disangka-sangka.. weehuuu..!
Post a Comment