inilah kehidupan

dalam kehidupan, perkara yang paling seronok ialah - menjadi diri sendiri. bukan menjadi diri orang lain, atau melihat diri sendiri sebagai orang lain.

aku sentiasa jadikan diri aku sebagai mentor untuk aku sendiri - erk.. aa.. camno tuu..? peninggg...
camni, aku bertindak atas kemampuan diri aku sekiranya kalau aku nak membuat perubahan atas sesuatu - dan kebiasaannya, aku terlebih dulu mesti suka dan sangat bersemangat nak buat perkara tu. kalau aku sendiri x de semangat, jauh hati, mood ke laut.. hmm.. memang sah2 tak akan jadi apa pun..

seandainya aku ada masalah, aku akan kumpulkan kekuatan diri,

"Allah ada dengan aku" - walaupun aku bukan muslimah sejati, tp Dia maha mengetahui segala2nya
"aku adalah seorang yang sangat kuat"
"aku mampu mengharungi semua ni"
"aku tahu aku mampu bersabar"
"aku sangat istimewa, sebab tu aku diberi ujian hebat begini"

dan ucaplah kata2 yang mendorong kekuatan diri - walaupun air mata mencurah2 keluar menahan sebak... kerana setiap sesuatu yang diberi dan diturun kan kepada kita tu adalah tanda2 kasih dan sayang Allah pada kita..

most of the time, bila kita ada masalah, kita selalu sangat bandingkan nasib kita yang buruk berbanding dengan orang lain yang lebih ok - so, berhentilah dari mempunyai rasa sebegitu.. kerana kita hanya nampak pada zahirnya saja senang, tetapi sebaliknya kita tak tahu... kita bukan hakim besar untuk menilai seseorang..

Belajar untuk memahami manusia - bukan semudah kita mengira helaian rambut di kepala.






 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...