Hanya nak share dengan pembaca2 blog sekalian (jika ada).. mungkin ada yang dah lama tahu, dan mungkin ada yang x tahu langsung.. Really good untuk para isteri dan bakal isteri sekalian..
Sila berfikir secara positif dan tenang bila baca post ni.. Baik untuk kesihatan.. ;)
Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah
Mohd Kamsah)
Sikap lelaki yang perempuan tidak
faham – Paradigma songsang yang relevan
1. Tidak kisah dan pendiam
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan
2. Tidak boleh dipercayai
o Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
o Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap
suami
o Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami
3. Lelaki ego
o Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
o Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
o Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki
4. Lelaki miang
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda
lelaki
5. Lelaki lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah
Luahan isi hati insan
yang bergelar suami kepada isteri
1. Sayangi suami seadanya tanpa
syarat.
2. Hormati suami sebagai
pemimpin rumahtangga.
3. Fahami kelemahan suami –
imbangi kekuatan dan kelemahan suami.
4. Suami malu nak minta
khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah
datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”
5. Lelaki sukar untuk
melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri
seperti kekasih lama isteri.
6. Isteri jangan bangkang
cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami
akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum
seperti agama dan sebagainya.
7. Tolong sokong pendirian dan
pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan
esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.
8. Cubalah fahami suami
walaupun ianya tidak terucap :
o Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah
Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
o Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya
(menurut ulama/ orang bijak pandai).
o Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan
menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
o Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.
9. Jangan perlekeh atau sebut
kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini
akan menghancurkan hati suami.
10. Tegur dan ingatkan suami
secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian
barulah tegur kesilapan suami.
11. Rintihan suami tentang sex
:
o Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
o Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension
dan sakit.
o Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan
kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.
12. Suami memang marah-marah
tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya.
Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan
alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.
13. Jika suami merajuk,
biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan
kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik
tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”
14. Suami tak pandai
mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang
senang dan sesuai seperti masa minum petang.
15. Suami tak pandai pamerkan
emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms.
Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love
you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.
16. Suara suami keras tapi
bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami
boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri
dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar
lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang
bercakap dengan isterinya…
17. Suami memang tak pandai
memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan
siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran
isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk
kerana quota vocabulary suami tak banyak.
18. Suami tak tahan kena leter
kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.
19. Suami tak larat nak jawab
soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan
isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan
iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan
dengan siapa?”.
20. Tolong patuh perintah
Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu
dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
21. Suami tak sanggup dengar
desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri
tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan
bingung dengan desakan isteri.
22. Suami tak tegur kesilapan
isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih
lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur
dan suka tengok isteri mereka.
23. Suami diam tandanya OK.
“No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.
24. Suami tak jawab soalan isteri
sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana
quota vocabulary suami tak banyak.
25. Suami kadang-kadang
melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.
26. Permintaan suami…
Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.
27. Isteri jangan pesan
berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki
pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.
28. Jangan ulangi perkara yang
suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.
29. Suami lambat bertindak
sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis
dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.
30. Suami selalu lebihkan
ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan
cemburu atau salah faham.
31. Isteri tolonglah hormati
ibubapa suami yang masih hidup.
32. Jangan bandingkan suami
dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.
33. Isteri-isteri tolong
jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.
Sekian, semoga
perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang bergelar
isteri dan yang bakal bergelar isteri.