aku percaya pada jodoh yang telah Allah tentukan.
kenapa tajuk ni yang jadi pilihan untuk hari ni ya?
kadang2 aku terfikir satu perkara - bagi sesiapa yang belum kawen - jangan lah terlalu memilih.
yes, memilih itu perlu - tetapi kita bukan penentu.
yang penting - kita faham konsep - Allah penentu segalanya. kerana yang terbaik itu datang hanya dari Dia.
walaupun kita tak suka, itu adalah yang terbaik untuk kita - cinta akan hadir dengan sepenuh jiwa sekiranya kita redha atas segala yang terjadi. jangan memaksa jika kita sendiri tak boleh dipaksa.
jodoh yang baik akan terjadi bila 2 insan yang bertemu dan bersama itu - sangat redha dengan apa juga yang telah dan akan berlaku - dan sentiasa berdoa agar hubungan mereka juga direstui oleh-Nya.
aku menulis ini untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada semua yang telah mendapat jodoh atau belum sampai jodohnya. kena beringat itu sangat penting supaya kita semua tidak ke laut ye....
- Ustazah Hai -
:)
.
No comments:
Post a Comment