so far, nampak cam kena je kat aku.. ntah le..
_____________________________
Anda Penyelaras (Harmonizer)
Anda
bercita-cita tinggi dan berazam dengan tahap tenaga yang mengagumkan.
Apabila anda memutuskan yang anda mahukan sesuatu, anda menumpukan
seluruh perhatian anda untuk mencapainya.
Anda
mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda
menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar
menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang.
Anda
mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak
pengalaman baru.
Buat masa ini,
anda berasa agak keliru dan kehidupan boleh berubah dalam kedua-dua
arah. Ketidakpastian ini boleh menjadi cara positif untuk anda melihat
apa yang anda betul-betul suka lakukan dan membuat perubahan
tersebut...atau anda mungkin dapati yang anda gembira dengan keadaan
anda sekarang!
Sebagai
Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak
hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang
terbaik.
Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya
kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya
perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario.
Ingat,
anda tidak bersendirian. Penting untuk anda membenarkan diri anda
berkongsi perjalanan hidup dengan orang-orang yang menyayangi anda.
Sentiasa bersikap terbuka dengan orang yang rapat dan yang anda sayangi
dan pastikan anda merebut peluang untuk bersama keluarga bila-bila masa
yang anda boleh, kerana ia adalah sumber kekuatan dan inspirasi bagi
anda.
Apabila anda bercakap
tentang mengisi bahan api ke dalam tangki, anda benar-benar bermaksud
begitu! Meluangkan masa di dapur sambil mencipta idea-idea resipi baharu
adalah cara yang baik untuk meningkatkan tahap tenaga anda sambil
mempraktikkan bakat kreatif anda juga.
Anda
seorang yang fokus dan berazam, dan juga bercita-cita tinggi. Anda
tahu apa yang anda inginkan daripada kehidupan, dan anda tahu apa yang
perlu dilakukan untuk mencapainya. Anda bersedia untuk bekerja keras
untuk sampai ke tempat yang anda ingin tuju, cuma jangan lupa untuk
mengangkat kepala anda sekali sekala dan menikmati pemandangan sewaktu
anda bergerak pantas.
_________________________________
moga2 aku boleh bertahan lagi... aminnn...