kuiz personaliti

time tengah sengal2 otak ni - meh kita layan kuiz nih.. kuiz personaliti katanyaaa... huhuhu..
so far, nampak cam kena je kat aku.. ntah le..

_____________________________

Anda Penyelaras (Harmonizer)


Anda bercita-cita tinggi dan berazam dengan tahap tenaga yang mengagumkan. Apabila anda memutuskan yang anda mahukan sesuatu, anda menumpukan seluruh perhatian anda untuk mencapainya.

Anda mencari keharmonian dan keseimbangan dalam kehidupan anda. Anda menjalin persahabatan yang berkekalan dan rakan-rakan anda benar-benar menghargai kejujuran dan pendapat anda yang berterus-terang. 

Anda mungkin lebih menyukai rutin dan jaminan berbanding terlalu banyak pengalaman baru.
Buat masa ini, anda berasa agak keliru dan kehidupan boleh berubah dalam kedua-dua arah. Ketidakpastian ini boleh menjadi cara positif untuk anda melihat apa yang anda betul-betul suka lakukan dan membuat perubahan tersebut...atau anda mungkin dapati yang anda gembira dengan keadaan anda sekarang!

Sebagai Penyelaras (Harmonizer), penting untuk anda belajar mempercayai gerak hati anda dan tahu yang segala-galanya akan mendatangkan hasil yang terbaik. Ia juga penting untuk menerima sisi spontan anda dan mengatakan ya kepada pengalaman baru dari semasa ke semasa. Kadang kala satu-satunya perkara yang anda perlukan ialah satu cabaran atau perubahan senario.

Ingat, anda tidak bersendirian. Penting untuk anda membenarkan diri anda berkongsi perjalanan hidup dengan orang-orang yang menyayangi anda. Sentiasa bersikap terbuka dengan orang yang rapat dan yang anda sayangi dan pastikan anda merebut peluang untuk bersama keluarga bila-bila masa yang anda boleh, kerana ia adalah sumber kekuatan dan inspirasi bagi anda.

Apabila anda bercakap tentang mengisi bahan api ke dalam tangki, anda benar-benar bermaksud begitu! Meluangkan masa di dapur sambil mencipta idea-idea resipi baharu adalah cara yang baik untuk meningkatkan tahap tenaga anda sambil mempraktikkan bakat kreatif anda juga.

Anda seorang yang fokus dan berazam, dan juga bercita-cita tinggi. Anda tahu apa yang anda inginkan daripada kehidupan, dan anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya. Anda bersedia untuk bekerja keras untuk sampai ke tempat yang anda ingin tuju, cuma jangan lupa untuk mengangkat kepala anda sekali sekala dan menikmati pemandangan sewaktu anda bergerak pantas. 

_________________________________



moga2 aku boleh bertahan lagi... aminnn...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...